Tajuk : Kelas NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Jahit – Intake 1 (Minggu 2)
11 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 10 Februari 2025, 2 orang peserta dari Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Kelas NADI Mahir iaitu Mahir Jahit yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Kelas yang diadakan pada minggu ke-2 ini bertujuan untuk mendedahkan peserta mengenai topik dan sistem yang akan dipelajari sepanjang kelas NADI Mahir Jahit – Intake 1 ini serta alatan/ bahan yang akan digunakan pada kelas seterusnya.
Dalam kelas kedua ini, peserta telah dimaklumkan tentang cara untuk mendapatkan slide kelas dan live video recording, cara untuk upload surat tidak dapat hadir ke kelas ke dalam MTS, cara untuk chat dengan cikgu dalam MTS dan pemberitahuan mengenai alatan/bahan yang akan digunakan dalam kelas pada minggu hadapan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: